Blogger Backgrounds


Get your own Digital Clock

Monday 7 March 2011

TEKNOLOGI MUTIMEDIA MENERUSI TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Teknologi internet adalah merupakan gabungan antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini berkembang dengan pesat dan memberikan  kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kemudahan yang disediakan khususnya laman web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.


Teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh media ialah CD-ROM, cakera padat, VCD, mikrofon, komputer, papan putih, nota dan sebagainya.

Kajian mendapati bahawa media pengajaran ini berfaedah kerana dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar setelah input diperolehi. Pelajar akan cepat memahami akan maklmumat yang ingin disampaikan oleh guru melalui medium media pengajaran. Bentuk dan kaedah yang digunakan adalah menarik serta mudah difahami telah memudahkan guru menyampaikan maklumat dan pelajar akan mudah menerima serta memahami maklumat yang ingin disampaikan. 

Pembelajaran melalui teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihannaya. Antara seperti :

  • pelajar boleh mencapai capaian bahan maklumat walau di mana jua mereka berada
  • bahan sumber maklumat boleh diperolehi daripada sumber tambahan di seluruh dunia
  • pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat
  • pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik
Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar dapat memperohi pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. 

Terdapat pelbagai faktor perlunya teknologi multimedia diwujudkan bersama-sama internet. Antaranya ialah :

a) meningkatkan minat para pelajar dalam mencari bahan serta maklumat
yang menyeronokkan dan menghiburkan. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses P&P berlangsung. 

b) mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi yang digunakan dengan mudah dapat menjimatkan masa. pelajar dapat menggunakan medium ini untuk mempersembahkan proses ujikaji yang dapat digunakan dalam pendidikan. 

c) meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan media yang menarik membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar.

Oleh itu, medium multimedia ini adalah terbaik dalam proses pendidikan untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu lebih arif dalam penggunaan bahan-bahan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar serta minat mereka tentang teknologi maklumat.

22 comments:

  1. Falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jika pihak sekolah/institusi hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan keterampilan pelajar dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Antara langkah yang boleh diambil bagi melahirkan guru yang berpengetahuan dalam bidang teknologi dan inovasi pendidikan ialah:

    1) Sektor Pendidikan di negara ini dijangka mempunyai jumlah tenaga pengajarberkemahiran yang mencukupi apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk melatih 100,000 lagi guru dalam bidang teknologi maklumat (IT). Oleh itu, pengetua-pengetua perlulah berfikiran terbuka untuk melepaskan guru-guru menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiran teknologi.

    2) Membina kebolehan kelas dalam ICT. Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada pelajar-pelajar. Guru-guru dikehendaki menghubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik komputer dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik mata pelajaran.

    3) Peranan Ketua-ketua Bidang adalah penting untuk membina sepasukan guru dalam penggunaan ICT di bilik-bilik darjah. Guru-guru seharusnya mampu menggunakan ICT dalam menganalisis data yang berkaitan dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ketua-ketua Bidang perlu menyediakan rancangan persediaan mengajar yang meliputi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk disebarkan kepada guru-guru yang berkenaan di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka juga perlu bekerjasama dengan kordinator-kordinator ICT untuk menghasilkan bahan-bahan ini.

    4) Pengurusan sekolah pula harus dilaksanakan dengan berlandaskan konsep berfikir berasaskan teknologi dengan menggabungkan sumber manusia dan sumber bukan manusia iaitu mesin. Perlaksanaan ini menerangkan tentang anjakan paradigma yang perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat seperti guru dan para kakitangan sekolah. Kelahiran sekolah bestari telah mendedahkan betapa pentingnya untuk guru mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif di samping memahirkan diri didalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

    5) Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari. Antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah dapat membina atau membangunkan perisian pendidikan bersifat multimedia dan interaktif untuk kegunaan pengajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana teknologi multimedia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri dalam mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu TeknOvasi Dalam P&P

    ReplyDelete
  2. Seorang guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru bahasa melayu. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukcomputer bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
    Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
    Kursus komputer perlu dihadiri oleh guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pengajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
    Cabaran yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberikan kesan terhadap pengajaran. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional.
    Masalah pengguaan computer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelejaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yan lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
    Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingan dalam pengajaran. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran semasa perlu diberikan perhatian.

    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    TAHUN 2/FSSK

    ReplyDelete
  3. Antara kelebihan penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah;

    1)Suasana pembelajaran lebih menarik dan pada masa yang sama mencabar buat pelajar kerana perlu belajar secara kendiri
    2)Dapat meningkatkan daya kreativiti guru untuk menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran
    3)Membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi
    4)Meningkatkan motivasi pelajar yang kurang berminat untuk belajar
    5)Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar selaras dengan matlamat kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020

    SITI KHADIJAH BT OMAR
    A125169
    TAHUN 3 SEM 2 SESI 2010/2011
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    MAKMAL 3 SELASA 8 PM

    ReplyDelete
  4. Bidang pendidikan negara pada hari ini semakin berubah dan dinamik.Bagi menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah pusat pendidikan yang cemerlang di rantau Asia mahupun antarabangsa,struktur pendidikan perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati supaya matlamat menjadikan Malaysia pusat pendidikan bestari dapat dicapai dengan jayanya.
    Pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan adalah dengan melakuakan perubahan seperti :
    -Pembangunan tenaga manusia
    -Kepesatan pertumbuhan ekonomi
    -Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
    -Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
    -Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
    -Pembangunan teknologi dan sains
    -Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN(A131055)
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    (PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  5. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  6. Salam Fatin,
    Anda telah mengupas isu ini dengan sangat baik. Saya bersetuju bahawa teknologi multimedia telah memudahkan, atau lebih tepat 'mewarnai' dunia pendidikan semasa.

    Ada beberapa perkara yang sukar diterangkan secara verbal oleh seorang guru. Kadang-kala dengan menunjukkan video sahaja akan memberikan fahaman yang lebih kepada pelajar. Contoh, bagaimana untuk menerangkan tentang salji kepada anak-anak orang asli yang tidak pernah tahu dan lihat akan salji?

    Teknologi multimedia sangat penting dalam dunia pendidikan. Kerajaan perlu memastikan semua institusi pendidikan mendapat hak yang sama untuk menggunakan teknologi ini, bukan sahaja di bandar, tetapi juga di ceruk desa.

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    Semester 2, Sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  7. salam..Cik Fatin

    Kaedah interaktif dengan menggunakan bahan teknologi dalam pendidikan masa kini amatlah digalakkan untuk membantu para pelajar memahami subjek yang diajar oleh guru serta sebagai pendekatan yang boleh kekal lama dalam ingatan. kerana teknik audio dan visual dikatakan lebih memberikan kesan lebih baik kepada ingatan pelajar berbanding dengan lisan sahaja.

    Selain itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga perlu diterapkan secara meluas kepada pelajar yang kurang upaya bagi membantu mereka dalam pelajaran.Dengan bantuan gambaran dan bunyi yang boleh menarik perhatian mereka terhadap bahan pembelajaran dan akan memberikan kesan kepada tindak balas mereka.

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL MAKMAL KOMPUTER DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  8. salam fatin,

    Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teknologi internet dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan suatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Satu sistem multimedia interaktif ianya amat penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan.

    Antara kelebihan penggunaan teknologi multimedia dalam pendidikan:
    •Mampu merangsang pelbagai deria
    •Memudahkan proses pengulangan
    •Meningkatkan keberkesanan proses p&p
    •Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan
    •Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  9. Salam Fatin,

    Terima kasih di atas info yang diberikan.

    Saya bersetuju bahawa perlu adanya teknologi multimedia menerusi teknologi internet dalam pendidikan. Hal ini bagi memudahkan pelajar dan guru untuk mengakses maklumat yang diperlukan bagi memantapkan pengetahuan yang sedia ada.

    Seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memeprkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Hal ini terangkum dalam aspek JERI yang melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Maka kebaikan teknologi multimedia menerusi teknologi internet dalam pendidikan amat bermanfaat dan berguna untuk memperkembangkan lagi keintelektual para pelajar supaya tidak digelar "katak di bawah tempurung" sahaja.

    Sekian,

    SITI KHADIJAH NORDIN
    A127843
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2 SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info anda.
    Multimedia akan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Ya, hal ini sangat benar kerana saya sendiri sewaktu sekolah menengah seringkali cepat bosan apabila guru mengajar di hadapan kerana guru hanya membaca da menulis di papan hitam sahaja. Hal ini mengurangkan minat untuk mendalami subjek tersebut. Namun demikian, gaya pembelajaran di universiti yang berlainan dan menggunakan teknologi dalam pembelajaran membuatkan saya lebih menarik mempelajari sesuatu subjek walaupun subjek tersebut sukar.

    Faridah Hanis Bt Hood
    A130471
    FSSK
    SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  11. Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).

    Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

    Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEM 2
    SELASA 8-10 MLM

    ReplyDelete
  12. "Multimedia" mempunyai senikata yang menarik. Tambahan, ia mempunyai pelbagai unsur media seperti audio, grafik, animasi, video dan teks.

    Berfikir tentang unsur ini sudah tentunya ia mempunyai daya tarikan pelajar yang baik. Bukan sahaja dalam pembelajaran sains boleh dipraktikkan, tetapi juga pembelajaran sosial kemanusiaan, sejarah, geografi dan sebagainya.

    Pengaplikasian multimedia dalam kelas ini mampu menyegarkan minda dan menghilangkan kebosanan. Ilmu yang diajar guru senang difahami kerana adanya daya tumpuan.

    Kesannya, objektif pembelajarn dapat dicapai. Lahirkan generasi yang celik minda, bersemangat, progresif dan berdaya maju.

    Hal ini penting dalam memastikan negara kita mempunyai masyarakat berilmu dalam menuju misi dan wawasan 2020 kelak.

    NURUL HIDAYAH BT ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial:8-10 pm

    ReplyDelete
  13. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,
    audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian
    daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif
    menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang
    tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan
    berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiap
    teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.
    Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan
    merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya)
    di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses
    penyampaian maklumat berupaya
    untuk mempengaruhimotivasi seseorang
    terhadapproses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu
    membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara
    tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya
    dengan lebih nyata.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  14. Bagi pelajar, internet banyak membantu dalam perlaksanaan kerja kursus dan meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah. Guru dan ibu bapa perlu memantau anak-anak yang ghairah melayari internet. Pastikan mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang kurang baik dan tidak bermoral.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Multimedia secara amnya adalah gabungan antara teks, audio, video, gambar dan animasi. Dengan hadirnya kelima-lima elemen ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran, proses tersebut boleh menjadi lebih efisyen dan efektif dimana pelajar boleh belajar dalam suasana baru dan interaktif. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan ulasan saudari bahawa penggunaan bahan berunsurkan multimedia dalam pembelajaran boleh membawa kebaikan kepada pelajar dan juga guru.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi manfaat sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul. Contohnya, guru-guru mengajar tentang subjek sains menggunakan animasi-animasi yang dihasilkan daripada teknologi kini. Hal ini akan dapat menarik minat para pelajar untuk datang ke kelas dan mendengar penerangan guru-guru. Maka, adalah sangat bagus sekiranya penggunaan multimedia dalam pembelajaran dilaksanakan dengan cara yang betul.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3 Sem 2 sesi 2010/2011
    Tutorial:Selasa,8 p.m

    ReplyDelete
  17. HTML, flash, semuanya adalah unsur yang boleh digunakan dalam pendidikan untuk menjadikannya lebih menarik. Samalah seperti untuk customized blog. Mesti gunakan kod HTML (CSS). Ianya mungkin nampak tidak penting, tetapi menarik minat pelajar untuk belajar bukan satu perkara yang mudah, dan teknologi multimedia boleh meningkatkan minat pelajar untuk menambah ilmu mereka. Contoh paling mudah yang boleh diambil ialah membaca buku yang penuh dengan tulisan hitam putih ataupun melihat video, tentulah video akan lebih menarik perhatian.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam Cik Fatin,..
    Terima kasih atas maklumat yang diberikan.
    Penggunaan teknologi multimedia memang amat penting dalam dunia pendidikan. Diakui ia merupakan media pendidikan yang sangat berkesan dan kelebihannya amat jelas kelihatan. Selain menjadi salah satu penentu kepada keberkesanan pembelajaran, teknologi multimedia turut melahirkan minat serta menjadi bahan sokongan dalam kalangan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan. Dunia pendidikan amat mengharapkan media pembelajaran seperti ini yang sememangnya dapat meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan itu sendiri.

    NOORHAFIZA HASNI AB MANAF (A127607)
    HUMAN DEVELOPMENT FSSK 2010/2011
    TAHUN 2 / 2

    ReplyDelete
  20. Teknologi multimedia sememangnya banyak membantu memudahkan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar. Dengan menggunakan teknologi multimedia, pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  21. teknologi dalam bidang pendidikan tidak boleh dipisahkan pada masa kini. hal ini demikian kerana, dengan kewujudan teknologi ianya telah memudahkan bidang pendidikan. contohnya, kewujudan internet. kewujudan teknologi seperti itu telah memudahkan pelajar mengakses maklumat dengan pantas dan lebih berkesan. oleh hal yang demikian, hal tersebut sekaligus telah meningkatkan sistem pendidikan dan proses pengajaran dan pembelajaran semakin efektif, berkesan dan lebih menarik.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Fatin,

    Perkembangan alaf baru jelas menunjukkan bahawa teknologi maklumat menjadi suatu elemen yang begitu pesat membangun. Pengaruhnya dalam kehidupan begitu dirasai lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Dengan kewujudan ICT ini dapat membentuk modal insan yang inovatif, berdaya saing dan efektif. kesemua ciri ini menjadi prasyarat kepada ummah untuk bersaing di persada global yang saban hari menuntut persaingan. Oleh itu, amat dengan adanya kemudahan ICT ini di dalam proses P & P dapat menwujudkan masyarakat yang berdaya intelektual.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete

MY PROFILE

NAMA : FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA

NO MATRIK : A 127817

PROGRAM : SARJANA MUDA SAINS SOSIAL
PEMBANGUNAN MANUSIA

TAHUN PENGAJIAN : 2

SEMESTER : SESI 2 2010/2011

TUTORIAL : HARI : ISNIN
MASA : 8-10 MALAM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 3,DEWAN BUDIMAN

EMEIL : atienz_89@yahoo.com.my